Friday, February 5, 2010

Why I chose ICT rather than PA and Biology?



Why I chose ICT rather than PA and Biology?
Maksudnya, kenapa saya pilih ICT daripada PA dan Biology...??
Sebabnya, saya memang suka subjek ini kalau nak dibandingkan dengan subjek PA dan Biology. Sebab yang paling utama sekali ialah saya tak berapa suka mengira. Sebab yang kedua pula ialah disebabkan saya tidak berapa nak suka subjek sains terutamanya Biology. Saya pun tak tahu kenapa saya tak suka subjek ni.
Tambahan lagi, subjek ICT memang menarik. Masa saya kecil lagi saya sudah dididik untuk belajar menggunakan komputer. Sejak itulah saya jatuh cinta pandang pertama pada komputer. Ia seperti ada aura yang begitu kuat untuk menarik saya supaya tidak meninggalkan komputer tersebut walaupun untuk seketika sahaja sehingga kadangkala melalaikan saya sendidri.
Walaubagaimanapun, ICT ada juga faedahnya. Pada saya, ICT banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru seperti transkripsi B. Melayu dan juga B. Inggeris. Bukan setakat transkripsi sahaja, malah penggunaan ICT membantu saya untuk menyiapkan karangan yang diberikan oleh guru. Terutamanya setelah saya naik ke tingkatan 4. Guru B. Melayu saya iaitu En. Nordin suka sangat memberi karangan yang sukar. Bukan sekadar sukar, tetapi karangan tersebut mestilah melebihi daripada 4 muka surat dan peribahasa tidak kurang daripada 4. Oleh sebab itulah saya kata ICT banyak membantu sya dalam menyiapkan kerja rumah saya.
Kesimpulannya, ICT banyak memudahkan tugasan seharian saya walaupun ia kadangkala melalaikan saya.